Thursday, November 29, 2012

penjagaan ikan laga dan jenis penyakit ikan laga

Hari ini saya ingin menceritakan cara-cara menjaga ikan laga dan jenis-jenis penyaki ikan laga. Ramai yang minat ikan laga tapi mereka tidak menjaga ikan laga mereka dengan betul.




ikan laga betina
Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda
Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.

penyakit ikan laga..





gambar ikan laga

1 Jangkitan bakteria
(SEBAB/KESAN)Dikesan apabila matanya kabur,ekor layu, kulit serba tak kena@bewarna merah dan bernafas kencang
(ubat).Tetracycline atau MarOxy
2 Ekor layu
(SEBAB/KESAN)Selalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat dari jangkitan bakteria
(ubat).Aquarisol atau akuarium bergaram
3 Badan berkulat
(SEBAB/KESAN)Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan
(ubat).Maracyn atau Furacyn
4 Sembelit
(SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta mengambil masa lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama tidak jatuh.Ini akibat diberi makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan
(ubat).Makan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup
5 Dropsy
(SEBAB/KESAN)Pembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian
(ubat).Tetracycline
6 Ekor memburuk
(SEBAB/KESAN)Kerana bakteria diluar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu
(ubat).Betta Max atau MelaFix
7 Mulut berkulat
(SEBAB/KESAN)Mulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih@kelabu
(ubat). Penyingkir Fungus atau Furanase
8 Penyakit Insang
(SEBAB/KESAN)Tidak mengembang dan insang bewarna merah@berkilau. Ikan akan selalu berada dipermukaan atas bekas apabila dijangkiti
(ubat).Maracyn
9 Lubang di kepala
(SEBAB/KESAN) Betta akan membina lubang kecil di atas kepala
(ubat).Hexamit
10 Ich
(SEBAB/KESAN)Penyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil menyelubungi badan
(ubat).Aquarisol atau rawatan cepat
11 Parasit
(SEBAB/KESAN)Parasit kecil seperti cacing Anchor melekat dibadan betta menyebabkannya menggosokkan badan pada sesuatu benda untuk membuangkannya.
(ubat).Coppersafe atau Fluke tab
12 Selera makan buruk
. (SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta menjadi lembap dan murung
(ubat). .Betta Max
13 Penyakit mata
. (SEBAB/KESAN)Matanya menjadi besar dan kabur atau mungkin tertonjol keluar
(ubat)..Maracyn
14 Berenang hodoh
. (SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta berenang mengereng kesisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut
( ubat.) .Tiada ubat, tetapi diberi makan selalu mungkin dapat membantu
15 Fish Lice
. (SEBAB/KESAN)Dijangkiti bakteria yang menyebabkan badan atau ekor ikan terdapat bintik bewarna merah, seperti demam campak
(ubat)..Copper safe atau akuarium bergaram
16 Velvet
(SEBAB/KESAN).Penyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan membawa kematian. Dikesan apabila ada bintik coklat atau warna karat di badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan badannya ditumbuhi fungus
(ubat).Acraflavin, aquarisol, Copper safe, sejenis produk bernama Had-A-Snail atau sedikit garam mengikut sukatanv

petikan diambil dari : http://syurgaituindah.blogspot.com

6 comments:

  1. salam .kalau mata ikan tu ada benda yg seliputi benda putih tu benda apa. kena rawat ke

    ReplyDelete
  2. ikan laga saya asyik baring je dia tak berenang nak buat apa ha

    ReplyDelete
  3. kat mana ha nak dapat fish medic salt

    ReplyDelete
  4. kat mana ha nak dapat fish medic salt

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kalau ikan laga ekor panjang. Kalau dah mmg dh matang sangat. Memang di berenang ekor berat eaa? Ke dia sakit sebenarnya? Mohon respon. :-))

    ReplyDelete