Tuesday, September 23, 2014

3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog



Assalamualaikum semua. Saya sekrang ini jarang dan sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana kekurangan idea. Selepas saya membaca banyak blog, ramai yang tulis mengenai cara mudah mendapatkan duit melalui blog. Buat duit dengan blog bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Anda tak perlu jadi seorang blogger yang terkenal atau mempunyai blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Walau bagaimanapun untuk mendapat pendapatan pasif yang tinggi, kedua-dua faktor “blogger terkenal” dan “trafik blog yang tinggi sangat berkaitan.

Di sini saya ingin membantu anda yang belum pernah buat duit dengan blog melalui salah satu atau kesemua 7 Cara Mudah Buat Duit Melalui Blog.





3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog




1. Buat Duit Dengan Blog Melalui Program Pengiklanan

Terdapat beratus-ratus program pengiklanan yang boleh anda pilih. Di bawah ini saya dedahkan kepada anda beberapa program pengiklanan yang terbaik yang boleh anda pilih.

a. Nuffnang – merupakan program pengiklanan yang paling mudah anda sertai.

b. Innity – Terbuka kepada blog yang bertrafik tinggi dalam sekitar 40,000 pelawat unik setiap bulan.

c. Google Adsense – Merupakan antara program buat duit dengan blog yang boleh memberi pulangan yang lumayan asal saja anda sanggup membuat sedikit kajian dan berusaha dengan secara serius. Anda boleh dapatkan PANDUAN LENGKAP DI SINI.

d. Ruang Iklan Untuk Disewa – Anda sendiri boleh membuka ruang iklan di blog anda dengan mengenakan sedikit bayaran kepada Pengiklan yang ingin mempromosikan produk mereka.

3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog 

2. Buat Duit Dengan Blog Melalui Program Affiliate

Melalui program Affiliate, terdapat syarikat yang akan membayar komisyen kepada anda yang membantu mempromosikan produk mereka. Contoh terbaik bagi produk fizikal ialah Lazada dan Zalora.

Jika anda berminat memasarkan produk digital yang bersesuaian dengan niche blog anda, terdapat banyak usahawan yang menyediakan produk berkualiti untuk anda pasarkan dengan mudah. Melalui teknik SEO yang betul, tidak mustahil anda akan berjaya menjana ringgit pertama anda melalui blog.

3. Buat Duit Dengan Blog Melalui Dropship


Ramai peniaga dan usahawan online yang mencari-cari pegawai pegawai pemasaran secara online untuk memasarkan produk mereka. Sebagai contoh pemilik usahawan online Mypermatahati.com ada menyediakan Reseller Program di mana anda mengambil tempahan pelanggan dengan harga runcit dan membeli dari Mypermatahati pada harga borong.

Kelebihan program dropship ini, anda tidak perlu membuat pembungkusan dan penghantaran, ianya diuruskan oleh pihak syarikat.

Hanya 3 cara mudah buat duit dengan blog, anda tak perlu pening kepala membuat pilihan. Jangan peling-pening kepala, hanya fokus kepada salah satu dari program dia atas sebelum anda mengetahui Rahsia Jutawan Senyap.