Tuesday, September 23, 2014
3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog
Friday, April 26, 2013
Ade ape 10/5 ni?
Hah!! Sebenarnye pada 10/5 saye pegi konvoi basikal to pangkor...
Wahhhhh!!! Seronoknye!!! Saye tak sabar nih!!!
gambo bawah tu basikal saye, cantik tak??? huhuhu..
Bye2 sampai sini aje. Tatatititutu!!!
Wednesday, March 20, 2013
Kucing saya nakal apa bila dapat rantai
Assalamualalikum, saya ade due ekor kucing. Ala biase la kucing kuat tido. Pade satu hari kakak saya belikan lah rantai untuk kucing.. bila dah seminggu kucing saya asik main dengan loceng and kaco orang, cume sekor je yang kuat tido kehkehkeh... yang putih tu awang heheheh..
kucing yang hitam tu adang
Friday, March 8, 2013
Update blog gune phone
Assalamualikum. Dah lame saye tak update blog an. Ini kali pertame sy update blog gune phone.. selame ni sy update gune lappy je... iyo la dunie dah maju katekan kehkehkeh...
Tapi kekok jugak update blog gune phone... sebab nih bru first time gune phone kehekehkeh... sampi sini saje cerite sy... hingge bejump lgi...
Monday, December 17, 2012
Bercuti Ke Kelantan...
Sunday, December 2, 2012
Aquarium Baru Ikan Laga Ku...
Friday, November 30, 2012
Keseronokan Di Acara I AM NIKON
Ekspresi garang tampil kelainan
- Kebiasaannya, warna klasik yang dikaitkan dengan gaya Asia adalah warna merah dan hitam. Bagaimanapun, jika warna ini terlalu menonjol, anda boleh gunakan warna kelabu, merah jambu dan hijau cair.
- Dekorasi ala Asia tidak memerlukan pelbagai barangan hiasan untuk sudut tumpuan. Satu bekas antik lebih bermakna daripada koleksi set teko jed pelbagai saiz.
- Konsep yang sama. Jangan campur aduk pelbagai konsep dalam satu rumah. Jika anda menggunakan konsep Oriental di ruang tamu, teruskan konsep yang sama di ruang makan dan sebagainya.
- Konsep dekorasi ala Asia tidak bermakna terhad kepada barang antik seperti seramik atau barangan etnik Cina sahaja. Anda boleh gunakan barangan dengan rekabentuk kontemporari bercirikan Asia.
- Kenal pasti keperluan dekorasi untuk setiap ruang. Misalnya anda boleh gunakan tikar buluh di ruang tamu, ruang duduk atas lantai atau lebih rendah.
Thursday, November 29, 2012
penjagaan ikan laga dan jenis penyakit ikan laga
Jangan campurkan ikan laga
Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.
Dapatkan bekas yang sesuai
Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.
Letakkan tumbuhan
Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.
Berikan makanan hidup
Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.
Letakkan daun ketapang
Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.
Letakkan kayu Hiasan
Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.
Tukar air tiga hari sekali
Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.
Gunakan garam
Gunakan air yang sesuai
Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.
Sayangi ikan anda








